Friday, June 3, 2011

route of my life journey

Tadika Kemas [Kg. Bendahara, JB] -- > Sek.Keb. Majidi Baru [Majidee, JB] --> Sek.Keb. Sultan Ismail [Larkin,JB] --> Kolej Matrikulasi Melaka [Londang, Melaka] --> Universiti Teknologi Mara [Shah Alam, Selangor] --> xxxxxxx,bukan sensored nama com ni, cuma aku taak hengat...seyez....lupa! [Muar, Johor] --> Mansec Corporate Consultant Sdn. Bhd. [Jalan Pudu, KL] --> ASAS Advisory Sdn. Bhd [area The Weld, KL] --> serius!!!aku tak ingt company terakhir aku ni....perah otak tahap gaban dah...masih tak ingt! mungkin ade sebabnya aku langsung tak hengat..hehehe [Taman Pelangi, JB] ---> Umah aku skrg...hehehe...surirumah sepenuh masa [Pasir Gudang, Johor]

Apa yang aku tulis kat atas tu...bukanlah dengan niat nak mendabik dada. Jauh skali 'riak' nak citer aku dulu blaja & kerja mane. Ramai lagi yang lebih hebat di luar sana. Hye! I'm juz an ordinary & plain woman! That's what i'am! (^_^)

Cuma aku sekadar merenungi liku-liku jalan yanag dah aku lalui selama 30tahun ni....bukan sedikit, terlalu banyak pengalaman yang dapat aku kutip di setiap satu pit- stop yang aku pernah singgah....

Ada lakaran berwarna-warni. Ada likuan yang penuh ranjau & dugaan. Ade adegan pecah perut tak hengat. Ade episod yang juga bisa mengggugurkan titisan mutiara jernih, kesyahduan, kepiluan. Ade kejadian yang boleh mencabar kesabaran. Ada sedutan kesengalan. Ade juga memori yang tersangatlah mahal nilainya atau langsung tak mau di kenang!

Setiap orang yang aku kenal di setiap perhentian, membawa karektor masing-masing dengan cukup berkesan. Kalian tetap abadi di ingatan. Walau mungkin kini aku tak wujud lagi dalam lipatan memori kalian.


Mengajar aku erti kehidupan. Mengajar aku erti setiawan. Mengajar aku erti kepochi. Mengajar aku erti bangun bila rebah tak berdaya berdiri. Mengajar aku berhati-hati. Mengajar aku erti kesederhanaan. Mengajar aku erti tikaman yang bole kita diterima dari belakang, yang ini semogatidak berulang & tidak berlaku kepada orang-orang & sahabat aku sekelian.. Terlalu banyak pelajaran yang aku pelajari. Terima kasih Ya Allah....

Yang pasti AKU MASIH DI SINI...

No comments:

Post a Comment