Friday, April 13, 2012

Insan Agung (1)

Aku tengah baca buku ni....dulu pernah baca sekali..masa study dulu..


tori terjumpa balik..so dari takde buat ape..mase anak2 tido...aku pun isi lah mase yg ade dengan membaca...


Aku amat tertarik dengan isi kandungan buku ni...buku ni garapan die simple...mudah di fahami..gaya penceritaan yang mudah..tapi cukup berkesan....


Aku amik sedikit petikan dari

Bab 17 :Tangisan Perpisahan

Gemuruh Tangisan Kerana Rasulullah SWT di Qisas


Pada Saat sudah hampir ajal Rasulullah SAW, baginda menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasullulah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menunaikan solat 2 rakat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat baginda bangun dan naik kea tas mimbar dan berkata:


"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya dalah seorang Nabi yang di utus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izinNya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya di tuntut di hari kiamat."


Rasulullah SAW berkata demikian sebanyak 3 kali. Kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'UKASYAH BIN MUHSHAN dan berkata, "Demi ayah dan ibuku ya Rasulullah SAW, kalau tuan tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini."


Lalu 'Ukasyah berkata lagi, " Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta tuan dari belakang, setelah dekat saya pun menghampiri tuandengan tujuan supaya saya dapat mencium peha tuan, tetapi tuan telah mengambil tongkat dan memukul unta tuan untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun tuan pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada tuan sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."


Rasulullah SAW berkata, "Wahai 'Ukasyah,Rasululah SAW sengaja memukul kamu."


Kemudian Rasululah SAW berkata kepada Bilal r.a, " Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku bawa ke mari."


Bilal keluar dari masjid menuju rumah Fatimah sambil meletakkan tanganya di atas kepala dengan berkata, " Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (di qisas).


Setelah bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dan berkata, " Siapa di pintu?" Lalu Bilal menyahut, " Saya Bilal, saya telah diperinthakan oleh Rasululah SAW untuk mengambil tongkat beliau."


Kemudian Fatimah r.a berkata, " Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?"


Berkata Bilal r.a, " Wahai Fatimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk di qisas."


Berkata Fatimah lagi, " Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqisas Rasulullah SAW?"


Bilal r.a tidak menjawap pertanyaan Fatimah r.a, sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a maka baginda pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata, " Wahai 'Ukasyah, jangalah kamu qisas baginda Rasulullah SAW tetapi kamu qisaslah kami berdua."


Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar r.a & Umar r.a maka dengan segera baginda berkata, " Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua."


Kemudian Ali r.a bangun, lalu berkata, " Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah SAW. Oleh itu kamu pukullah aku dan jangalah kamu mengqisas Rasulullah SAW."


Lalu Rasulullah berkata, "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."


Setelah itu Hassan dan Hussin bangun dan berkata, " Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW. Kalau kamu mengqisas kami sama dengan kamu mengqisas Rasllullah SWT."


Mendengar kata-kata cucunya, Rasulullah SAW pun berkata, " Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SWT, " Wahai 'Ukasyah, pukullah saya kalau kamu hendak memukul."


Kemudian 'Ukasyah berkata, "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju, sebaik sahaja Rasullulah SAW membuka baju maka terdengarlah gemuruh tangisan semua yang hadir. Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah SAW maka dia pun mencium baginda dan berkata, "Saya tebus tuan dengan jiwa saya, Ya Rasulullah SAW siapakah yang sanggup memukul tuan. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan tuan yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari api neraka dengan kehormatanmu."


Kemudian Rasullah SAW berkata, " Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli Syurga, inilah orangnya."


Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata. "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperoleh darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam Syurga."


[petikan dari m/s 118-122]


Ya Allah...sangat tersentuh...kalau orang sibuk memperkata betapa touchingnya kisah Ombak Rindu izzah & haris.....maaf, aku rasa bila aku baca buku ni....ini lebih hebat dari ombak rindu.

Sangat...sangat...sangat menyentuh hati.....


Aku berhenti seketika di sini...jumpa lagi nnti....


P/s: Tetiba...di terngiang-ngiang di telinga aku... "Alangkah indahnya hidup ini....andai dapat ku tatap wajahmu...kan pasti mengalir air mataku...kerna lantaran ketenangamu...Ya Rasulullah kami rindu padamu..."

countdown 99 hari lagi....

ada ape dgn 99 hari lagi?
penting sangat ke?
hari ape?

(^_^) insyaAllah....kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan Al- Mubarak.
Ya Allah...rindunya....aku sungguh merindui ketenangan & kedamaian Ramadhan..
Betapa Suci & indahnya perasaan tika melayari sebulan Ramadhan...

Ingt Ramadhan...ingt terawih....hampir 4 tahun dah tak gi berjemaah di surau /masjid...dulu masa bujang...kat hostel...ade lah ikut....pastu masa bujang kerja...duduk kat wangsa maju...mesjid kat sebelah blok je...pas buka..solat magrib...tunggu azan insyak' .....mohla rombongan cik kiah aku...aku , kak sham & kak ijah turun g bawah...

Seronok sgt perasaan tuh! Allahu Akbar....rindunya!!!!!!
tetiba cam nak menitis air mata...rindukan suasana berjemaah begitu....Allahu Akbar!
haaaa......kan tengoklah....wanita bernama Junaidah ni sangat 'kememeh'....sangat mudah menitiskan air mata....

Ya Allah....semoga Ramadhan kali ini bukan terakhir untukku...tapi jadikanlah Ramdhan ini yang lebih baik untukku dari yang sebelom-sebelomnya....amin amin Ya Rabbal'Alamin.'

Allah....rindunya............

Thursday, April 5, 2012

kelu

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nak cakapa pe ek....dalam kepala tengah bercampur-campur....

Berselirat dah macam wayar telefon TNB....hahahaha...sesuka suki je ek cakap cam wayar telefon TNB...cam penah service je...padahal selalu kebetulan je nampak kalau lalu kat on the road tengok org dok munggah wayar sambil berpayungkan payung burger dok ralit check wayar...(^_^)

Kadang bile cenggini....semualah nak keluar....keluar dari kepala la ni ha...hehehe..bukan keluar ape pun...bile dgn orang sungguh aku jadi kelu sekelu kelunya...acehhh...dah macam tajuk lagu la pulak eik...


nasib baik inchik ayah sangat memahami aku.....hehehe...ai heart u la abang!

haaa.........better signing off jap la....bile cenggini..takut yang keluar lebih banyak emosi berbanding rasional......

stop japa r...kang dah 'date' dgn DIA....ai datang balik....(^_^)

Tuesday, April 3, 2012

Sejuk..nyaman....



Sejuk je mata...nyaman je jiwa bile tengok pic cenggini...


Pic ni aku google dari Pakcik G...copy +paste je...(^_^)




Junaidah? awak bile lagi???
Umo makin meningkat...inchik suami...sentiasa memberi galakan untuk jadi ummi yang lebih 'comel & baik' untuk contoh anak-anak nanti...


"comel & baik...aku comel ke???" heehehe comel di mata inchik suami aku la...tu pun dah rasa mcm nak senyum sampai telinga nampak semua gigi...hehehe...cukuplah di mata inchik suami..orang lain buat pe pun...tak masuk list aku..




InsyaAllah...insyaAllah..semoga seblom aku berhijrah ke alam abadi yang satu lagi...aku berjaya merubah diri lebih baik dari yang sblom ni...


amiin!


cari ...dan terus mencari...perbaiki dan terus perbaiki...insyaAllah...sebab terlalu banyak kedaifan dan khilaf dalam diri ni....Ya Allah....Ya Rabbi...kau pimpinlah aku...sesungguhnya aku jahil tanpa petunjukMu untuk laluan kehidupan ni...

Alhamdulillah.,..apa lagi yang lebih gembira???

Alhamdulillah....

Ape lagi yang lebih gembira dalam konteks seorang ummi.....

Ye..aku amat gembira. Sujud syukur kepadaMU Ya Allah...sebab smlm bila pegi check up mata Iman, kadar kerabunan & kesilauan mata Iman dah kurang...check saraf mata pun dah ok...

Apa lagi yang buat aku gembira.??? Itula salah satunya kegembiraan aku sbgai ummi...

Tiap kali ade check up anak...konfirm ummi yang berdebar...tak henti mulut mendoakan agar mendapat result yang baik dari sblomnya...dan terima kasih Ya Allah kerana mendengar doa seorang ummi...alhamdulillah..

Terbayang kat mata masa tunggu giliran ...tgk premature baby...tgk baby...tgk kanak-kanak kecik..tgk suami-isteri..ibu-bapa-anak......kalau orang kate nak tunjuk kasih sayang belanjalah makan yg sedap-sedap...pergi ke tempat romantik & mewah...hari kekasih dan sebagainya...kalau di tanya pada aku...mungkin bukan itu jawapannya...

Kat hospital ni la kadang kita boleh nampak CINTA SEJATI...dalam kontek cinta sesama manusialah...CINTA SEJATI pada ILAHI...itu tak perlu di pertikaikan lah...itu cinta AGUNG SUPER SEJATI!

ok...sambung balik.....kenapa cinta sejati...sebab masa sakit ni la...kita akan dapat kasih sayang & perhatian dari orang yang betul2 menyayangi kita...betapa tulus kasih ibu & bapa menyayangi si anak yang kecil lagi kerdil dengan penuh kasih sayang tak berbelah bagi...walau apa keadaan ape situasi si anak..ibu & bapa tetap sentiasa di sisi...ingt ye anak2...kasih sayang camni takde kat mane-mane kedai dalam dunia ni...carilah ke hujung dunia sekali pun...takkan jumpa kasih sayang cenggini...

betapa setia si isteri / suami menunggu pasangan masing2...walau penglihatan mata tak berapa jelas lagi...si pasangan tetap setia di sisi menemani...Ya Allah tersentuh hati bile berbual dgn seorang kakak yang menemani si suami...ade ke kasih sayang cenggini kat supermarket terkemuka dunia ni....

betapa tulus kasih si anak menyorong kerusi roda ibu/bapa...menanti masa untuk dirawati...sejuk perut ibu mengandung...dan nyaman hati ayah bila anak yang dibesarkan sabar melayani kerenah ibu& bapa yang semakin uzur tak berdaya menguruskan diri....

dalam tak sedar..kadang2...dalam menunggu dan menghitung masa di tempat cenggini..tanpa disedari air mata menitik di tubir mata aku ni...(cengeng sungguh wanita bernama Junaidah ni kan??????? >_<) tak tau...rasa betapa bersyukur sangat keadaan diri ni...Ya Allah...
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?"
[AR-Rahman: 41]


Cantik sungguh perancanganMu Ya Allah...dulu bila selalu berjinak-jinak menjejak kaki tempat cengini...tak perasan lagi..rupanya..kadang dengan melawat/menugunjungi tempat cenggini pun ade rahsia yang terbentang untuk aku renungi...subhanAllah...betapa besarnya nikmat & rahmatMu kepada hambaMu yang kerdil & selalu lalai ni.....Allahu Akbar!