Monday, December 7, 2009

SeLaMaT UlanG TahuN PerKahWiNan



hari ni 07.12.2009...pejam celik sekejap jerk rasanye usia perkahwinan aku menginjak ke tahun ke-dua usia perkahwinan kami..bile aku belek-belek album kahwin tadi...tergerak lak hati nak mengupload pics mase hari bersejarah kami....ni masa 'akad nikah' yang berlangsung pagi jumaat.....sebelum solat jumaat..






dari tarikh 07.12.2007 aku genap berumur 26 tahun 6 bulan aku mula bergelar isteri...

setahun kemudian aku pun mendapat gelaran ummi......

dan dua tahun sudah berlalu pergi aku sudah mendapat puteri kedua kini....

perjalanan kami bermula dengan kenderaan beroda 2 menjadi pengangkutan utama kami...

berpanas berhujan di tempuhi tanpa berputus asa kami tanamkan dalam diri...

kami berdua bukanlah lahir dari keluarga yang berada apatah lagi

memiliki berwang berguni-guni...

kami masuk ke rumah tanpa apa-apa perabot dan peralatan yang kami miliki...

namun alhamdulillah...Allah sentiasa ada untuk kami...

kini anak-anak tak perlu berpanas berhujan seperti kami....

kenderaan beroda 4 sudah kami miliki berkat izin Ilahi....

bukan sudah di taraf senang..tapi alhamdulillah..dari merangkak kami belajar bertatih kini...

dalam masa setahun sedikit demi sedit kini rumah sudah berisi dan tak kosong lagi....

melihat suami bersungguh berkerja mencari rezeki...

menjadikan aku insaf susah jerih payah mak & abah membesarkan aku ni...

patutla dalam islam anak-anak dilarang durhaka kepada ibubapa sendiri...

kepadaMU ya Allah aku bersyukur...

aku bersyukur di atas limpah rahmat MU kepada diri ini...

di atas kesenangan yang kau izinkan kami rasai...

di atas amanah yang kau berikan kepada kami...

dan terima kasih jua kerana menemukan kami....

kau berikanlah taufik dan hidayah kepada kami...

sesungguhnya kami takut meghadapi hari mendatang tanpa

petunjuk dan ilham dariMU ya Rabbi....

kau kurniakan lah kesihatan kepada kami agar dapat kami terus

mengabdikan diri melakukan ibadah yang dituntut oleh agama Islam yang suci ini...

menjadikan kami terus beribadah dan menunaikan tanggungjawab

sebagai seorang ayah & ummi...

kau suburkanlah rasa taqwa kami...

kau mekarkanlah kasih sayang kami suami isteri...

kau sihatkan dan peliharalah anak-anak kami...

dari segala kesusahan dan penyakit di dunia ini...

murahkanlah rezeki kami....

kau peliharalah ibu dan bapa-bapa kami...

pelihara dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayang kami sewaktu kami kecil lagi...

ya Allah sesungguhnya kepadaMu jua lah tempat kami berserah diri...

semuga ikatan yang ada ini berkekalan hingga ke akhir hayat nanti...

semuga rahmatMu sentiasa bersama kami....

dan untuk abang yang sentiasa memahami....
terima kasih kerana selalu ada di sisi di saat aku rebah tak kuat berdiri...

tiada apa yang istimewa dapat aku beri cuma yang pasti doaku sentiasa mengiringi....

"Whatever I say means more when you listen.....

Whatever I think means more when you understand....

Whatever I do means more when you are there...

Whatever happened to me means more if I can share with you...

Thank you for adding so much in my life....."
TERIMA KASIH YA ALLAH..SYUKUR ALHAMDULILLAH......

1 comment:

  1. moga mendapat rahmat dan hidayah darinya.....semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete