Friday, April 13, 2012

Insan Agung (1)

Aku tengah baca buku ni....dulu pernah baca sekali..masa study dulu..


tori terjumpa balik..so dari takde buat ape..mase anak2 tido...aku pun isi lah mase yg ade dengan membaca...


Aku amat tertarik dengan isi kandungan buku ni...buku ni garapan die simple...mudah di fahami..gaya penceritaan yang mudah..tapi cukup berkesan....


Aku amik sedikit petikan dari

Bab 17 :Tangisan Perpisahan

Gemuruh Tangisan Kerana Rasulullah SWT di Qisas


Pada Saat sudah hampir ajal Rasulullah SAW, baginda menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasullulah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menunaikan solat 2 rakat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat baginda bangun dan naik kea tas mimbar dan berkata:


"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya dalah seorang Nabi yang di utus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izinNya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya di tuntut di hari kiamat."


Rasulullah SAW berkata demikian sebanyak 3 kali. Kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'UKASYAH BIN MUHSHAN dan berkata, "Demi ayah dan ibuku ya Rasulullah SAW, kalau tuan tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini."


Lalu 'Ukasyah berkata lagi, " Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta tuan dari belakang, setelah dekat saya pun menghampiri tuandengan tujuan supaya saya dapat mencium peha tuan, tetapi tuan telah mengambil tongkat dan memukul unta tuan untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun tuan pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada tuan sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."


Rasulullah SAW berkata, "Wahai 'Ukasyah,Rasululah SAW sengaja memukul kamu."


Kemudian Rasululah SAW berkata kepada Bilal r.a, " Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku bawa ke mari."


Bilal keluar dari masjid menuju rumah Fatimah sambil meletakkan tanganya di atas kepala dengan berkata, " Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (di qisas).


Setelah bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dan berkata, " Siapa di pintu?" Lalu Bilal menyahut, " Saya Bilal, saya telah diperinthakan oleh Rasululah SAW untuk mengambil tongkat beliau."


Kemudian Fatimah r.a berkata, " Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?"


Berkata Bilal r.a, " Wahai Fatimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk di qisas."


Berkata Fatimah lagi, " Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqisas Rasulullah SAW?"


Bilal r.a tidak menjawap pertanyaan Fatimah r.a, sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a maka baginda pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata, " Wahai 'Ukasyah, jangalah kamu qisas baginda Rasulullah SAW tetapi kamu qisaslah kami berdua."


Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar r.a & Umar r.a maka dengan segera baginda berkata, " Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua."


Kemudian Ali r.a bangun, lalu berkata, " Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah SAW. Oleh itu kamu pukullah aku dan jangalah kamu mengqisas Rasulullah SAW."


Lalu Rasulullah berkata, "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."


Setelah itu Hassan dan Hussin bangun dan berkata, " Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW. Kalau kamu mengqisas kami sama dengan kamu mengqisas Rasllullah SWT."


Mendengar kata-kata cucunya, Rasulullah SAW pun berkata, " Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SWT, " Wahai 'Ukasyah, pukullah saya kalau kamu hendak memukul."


Kemudian 'Ukasyah berkata, "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju, sebaik sahaja Rasullulah SAW membuka baju maka terdengarlah gemuruh tangisan semua yang hadir. Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah SAW maka dia pun mencium baginda dan berkata, "Saya tebus tuan dengan jiwa saya, Ya Rasulullah SAW siapakah yang sanggup memukul tuan. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan tuan yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari api neraka dengan kehormatanmu."


Kemudian Rasullah SAW berkata, " Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli Syurga, inilah orangnya."


Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata. "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperoleh darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam Syurga."


[petikan dari m/s 118-122]


Ya Allah...sangat tersentuh...kalau orang sibuk memperkata betapa touchingnya kisah Ombak Rindu izzah & haris.....maaf, aku rasa bila aku baca buku ni....ini lebih hebat dari ombak rindu.

Sangat...sangat...sangat menyentuh hati.....


Aku berhenti seketika di sini...jumpa lagi nnti....


P/s: Tetiba...di terngiang-ngiang di telinga aku... "Alangkah indahnya hidup ini....andai dapat ku tatap wajahmu...kan pasti mengalir air mataku...kerna lantaran ketenangamu...Ya Rasulullah kami rindu padamu..."

No comments:

Post a Comment